Welcome to all Beloved Friends

Feel free to explore my blog and feel comfortable to give comment but if you don't like I can't force you the exit door is OPEN



Cara Memandikan Kucing Dengan Ubat Syampu

Tuesday, 29 March 2011

Perkara yang perlu disediakan untuk memandikan kucing adalah seperti :
  • Tuala
  • Air suam
  • Sikat khas untuk Kucing
  • Syampu Ubat
  • Pengering rambut
Sebelum memandikan kucing, pertama sekali kita perlu memeriksa bahagian badan kucing yang sakit sekiranya ada. Contohnya seperti bahagian dagu, ketiak, lipatan paha, tapak kaki, ekor dan pangkal ekor. Biasanya tungau scabies ataupun kulat sering menyerang di bahagian telinga luar serta dalam. Manakala kutu pinjal pula seirng menyerang di bahagian atas kepalakucing dan seluruh bahagian badan kucing.

Setelah memeriksa seluruh badan kucing, basahi seluruh badan kucing dengan air suam, tidak terlalu panas tidak terlalu sejuk. Pastikan air membasahi seluruh badan kucing, ini kerana syampu ubat yang tidak sampai ke bahagian kulit dan bulu kucing akan membuat rawatan kucing tidak berkesan, terutama pada kucing yang mempunyai bulu yang lebat dan panjang.

Sapukan syampu dengan rata setelah air membasihi seluruh badan kucing. Tetapi perlu berhati-hati pada bahagian badan kucing yang mempunyai kesan luka. Kemudian, sisir badan kucing perlahan-lahan sambil urut-urutkan badan kucing. Pastikan syampu tidak terkena pada mata dan hidung kucing. Selepas itu biarkan syampu selama 5 – 10minit melekat dibadan kucing agar segala kutu, kulat dan bakteria mati.

Setelah temoh lebih kurang 10 minit, bilas badan kucing dengan bersih dan jika perlu ulangi lagi dengan syampu dan sikat sambil mengurut badan kucing dengan perlahan-lahan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas badan kucing dengan bersih sehingga kesan syampu tersebut hilang dibilas air, ini dapat mengelakkan kucing anda daripada menjilat-jilat badannya selepas di mandikan.

Bagi proses pengeringan badan kucing, pastikan badan kucing kering sampailah ke kulit dan kucing anda betul-betul berada dalam keadaan yang kering. Jika pengeringan tidak sempurna, akan menggalakkan lagi pertumbuhan segala bakteria, kutu dan tungau.
Selepas memandikan dan kucing anda telah kering sepenuhnya, nikmatilah bulu kucing anda yang segar lagi nyaman.

5 comments:

Small Kucing said...

oooo....have so many steps? I didn't know. Used to just put water and soap and get it over with fast.

catmanja11 said...

its ok a least now you know the step oredi then it should be ok for you...remember to bath them with cold water thats not good bath with warm water..... hope this simple tips will be useful for you.... please do give a any suggestion at my suggestion column

s3p0s3n said...

ohhh gara gara tak keringkan dengan betul (takde pengering rambut), my cat jilat sendiri, kepala dia pening last last matiiiiiii. so hati hati gunakan ubat tu, keingkan guna pengering rambutttt. Jangan sampai buih syampu tu tak dibilas dengan air suam sampai bersih.

catmanja11 said...

itu betul kena keringkan kucing tu betul2 jgn sampai dia jilat bahaya

Aine said...

Salam.
Berapa kerap perlu mandikan kucing supaya tidak membuat kucing tidak selesa dan mungkin menghadapi tekanan.