Welcome to all Beloved Friends

Feel free to explore my blog and feel comfortable to give comment but if you don't like I can't force you the exit door is OPEN



APAKAH SALAHKU!!!!!!!

Thursday 5 May 2011


Kecik mempunyai 2 lagi org adik beradik yang telah terpisah untuk selamanya.....cerita nie mungkin berbelit-belit tapi nak ceritakan kebenaran nya terpaksa jugak tulis panjang2 sikit.....

minggu lepas kc diberitahu oleh seorang kakak nie yg kawan dia cuba nak selamatkan beberapa kucing yang ditangkap oleh DBKL sebelum dibunuh.....jadi kc cari lah org yang nak amik kucing nie dah jumpa cuma belum amik je kucing2 nie smua.....
yang nak diselamatkan ialah (long hair/medium hair/short hair).harga seekor dikenakan bayaran sebanyak RM15 oleh DBKL untuk duit menangkap kucing2 nie. hari jumaat lepas akak tu call kc untuk bgitau yang kwn dia dah hantar kucing2 tu semua kat umah dia dan kc boleh dtg amik.....jadi kc pun pergi lah mlm sabtu tu dgn penat nye tapi disbbkan atas dasar keperihatinan sabor je....bila kc sampai kat umah akak tu kc pun tertanya2 mane si kucing siam nie sbb akak ckp ade kucing siam cantik yang ditangkap oleh DBKL.....tiba2 akak tu ckp "minta maaflah kc kucing siam dah takde tak sempat nak diselamatkan DBKL dah bunuh pun" benggang jugak akak tu...yg kc hairan kenape tak boleh tunggu bukan ke dah buat janji temu dan booking dan semua tu dah comfirm takkan tak boleh tunggu kot bukan nye nak lari mane pun.....Lgi satu kucing2 yang kc amik semua nie mcm bukan kucing jalanan tapi mcm kucing perumahan yang ade tuan empu nye....kenape kc ckp camni sbb kucing2 nie nampak bersih dan tak kotor pandai berak kat pasir tak payah dibagitau pun dan tau mkn cats food.....kwn kakak yg pergi amik kucing kat DBKL tu nangis bile tgk keadaan kucing2 yang ade kat sana kerana menunggu nasib yang pasti menemui ajal nya.....

kc ingin bertanya pada smua wajarkah kucing2 yang sihat nie ditangkap dan dibunuh besar sangatkah kesalahan si comel nie jika dibandingkan penjenayah2 yang ada..... kc hormat kepada majlis bandaraya jasin walaupun mereka tangkap kucing2 yang berkeliaran tertapi mereka TIDAK MEMBUNUH KUCING2 NIE!!!!! mereka buat satu pusat jagaan kucing terbiar dan tempatkan semua kucing2 disana.....sesiapa pun boleh pergi sana tgk kucing2 nie dan adopt.....

kwn2 smua kc minta pendapat daripada smua ape yang boleh kita lakukan....kucing2 nie tiada siapa yang dapat membela nasib mereka.....kc pun tak pasti wujud ke tidak perikemanusiaan untuk org yang zalim seperti itu....mungkin sbb tiada akta perlindungan bagi si comel nie semua.......


10 comments:

meowwmania said...

sbnrnya dah byk kali isu mcm ni diutarakan oleh pencinta haiwan tp smpai skrg masih tak dpt jalan penyelesaian

kat fb tu mcm group pencinta haiwan diwujudkan masing2 berusaha nak atasi perkara tu dari berlaku tp selagi kerajaan tak masuk campur tak byk yg boleh kita lakukan

usaha majlis bandaraya jasin mmg dipuji dan boleh dicontohi, tp masalahnya tiada sorang pon dr para pemimpin yg nak memandang serius perkara ini

mentanglah haiwan, sangat menyedihkan :(

catmanja11 said...

kc cuma berjaya selamatkan 3 kucing je tapi nak selamat kan semua kc tak mampu......tapi kc betol2 terkilan.....dengan sikap mereka yang tidak perihatin langsung....

kc harap mereka yang membunuh si comel nie akan masuk neraka dan tidak layak untuk masuk syurga.....

Kucing dan Islam
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

GtHans said...

setuju dgn MM..sedih sgt bila hal2 haiwan mcm ni kerajaan lepas pandang jer..hmmm

catmanja11 said...

kc harap kerajaan boleh lebih perihatin dengan nasib si comel ini dan membuka mata walaupun mereka nie cuma haiwan je.....kc rasa kucing nie pun bukan nye gigit org dan membuat org lain cedera dan ia pun bukan sejenis haiwan yang ganas malah haiwan yang amat penyayang sekali dan mudah untuk didampingi.....

Nurul Anis Suraya said...

orng 2 tak pandai gunakan akal fikiran...x berhati perot lansung!!!!

Zakiyatul said...

sedihnya...kalau sya tgk kucing jlnan tu sakit,sya sanggup kluar duit bawa dorang gi klinik..haiwan tu tak brsalah pun..rse nk nangs plak bler fikir nasib2 kucing2 terbiar yg lain...

Hyppo Klassik said...

Salam..
Saya nak tumpang tanya mengapa DBKL pakat tangkap kucing dan bunuh? Kucing ada penyakit yang boleh berjangkit pada manusia dan boleh membawa kemudharatan ke atas manusia????? Apakah alasan yang diberikan oleh DBKL? Dari dibunuh baik ditangkap dan kasi kucing-kucing berkenaan. Jika ingin mengawal bilangan kucing yang terlalu banyak (kononnya)... Saya mohon maaf sekiranya ada tersilap kata,terkasar bahasa.

Ikhtiargangguanjin said...

alim ulamak pun senyap!?

Ikhtiargangguanjin said...

alim ulamak pun senyap!?

Unknown said...

tumpang tanya..kt rumah saya ade sekor kucing dengan anak yg baru umur 2 bulan...ade suggestion x kt mana saya ble hantar kucing ni ke tempat peliharaan...coz saya dh x ble nk jaga...nk kene pindah ke kuching by next 2 month...